Blogger Layouts
There was an error in this gadget

Thursday, 10 November 2011

Kecewa Bercinta, bukan berErti dunia sudah berakhir


Cinta tidak pernah meminta, ia senantiasa memberi….cinta membawa

penderitaan tetapi tidak pernah mendendam dan tak pernah membalas
dendam ……
di mana ada cinta , di situ ada kehidupan .

Cinta sejati adalah , ketika orang yg kita cintai mencintai orang lain
dan kita masih mampu tersenyum serta berkata ….’.aku turut bahagia
untukmu ‘

Cinta tidak mengajarkan kita lemah , tetapi membangkitkan kekuatan …..
Cinta tidak mengajarkan kita menghinakan diri , tetapi menghembuskan
nafas keberanian… .
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat …..

Cinta suatu perasaan yg mesti ada pd tiap-tiap diri manusia , ia
laksana setetes embun yg turun dr langit, bersih dan suci . cuman
tanah nyalah yg berlain-lainan menerimanya .
Jika ia jatuh ke tanah yg tandus , ia akan tumbuh sebagai pendusta ,
penipu dan lain lainnya hal yg tercela .
tetapi jika ia jatuh ke tanah yg subur , di sana ia akan tumbuh
kesucian hati ,keikhlasan , kesetiaan , dan budi pekerti yg mulia
serta perangai lainnya yg terpuji .

Tuhan menciptakan 100 bagian kasih sayang .
99 di simpan di sisinya , dan hanya satu bagian yg di turunkan ke dunia .
dengan kasih sayang yg satu bagian itulah , mahluk yg di ciptakannya
saling berbagi kasih sayang .

Jangan mencintai seseorang seperti bunga , karena bunga mati kala
musim berganti .
Cintailah mereka seperti sungai , karena sungai mengalir selamanya .
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan atas
dasar siapa dia sebelumnya .
kisah silam tak perlu di ungkit lagi sekiranya kamu mencintainya setulus hati .

Cinta dan kasih sayang adalah jawaban yg dapat menyembuhkan segala
penyakit , dan jalan yg menuju ke pada rasa cinta dan kasih sayang
hanyalah melalui kema’afan .

Cinta umpama bunga di taman yg sedang mekar ,hiasilah, jagalah tamanmu
untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak
merawatnya, layulah bunga di taman dan rusaklah cinta itu …..

Satu-satunya cara agar kita memperoleh kasih sayang , ialah jangan
pernah menuntut untuk di cintai , tetapi mulailah dengan memberi kasih
sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balesan ….

Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak , bukan cinta namanya
jika perasaan tidak pernah terluka ….
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak merindu dan cemburu …..

Cinta sebenarnya tidak buta , cinta adalah sesuatu yg murni , luhur
dan di perlukan ….
yg membuatnya buta ialah , bila cinta itu menguasai dirimu tanpa
pertimbangan …..

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan di beri
pd hati yg memerlukan .
tangisan juga bukanlah pengobat cinta , karena ia tidak mengerti
perjalanan hati naluri .
kejarlah cita-citamu sebelum cinta , apabila tercapai cita-citamu
dengan sendirinya cinta pun akan hadir .

Cinta pertama adalah kenangan , cinta kedua pelajaran dan cinta
seterusnya adalah keperluan karena hidup tanpa cinta bagaikan masakan
tanpa garam ….
maka dari itu hargailah cinta yg di anugrahkan itu sebaik-baiknya
agar ia terus mekar dan mewangi sepanjang musim .

Kecewa bercinta bukan berarti dunia sudah berakhir , masa depan yg
cerah berdasarkan pada masa lalu yg tlah di lupakan .
kita tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kita sampai
kita melupakan kegagalan dan kekecewaan kita .

Cinta yg agung antara hamba dan Tuhannya , cinta suci antara bunda dan
anaknya , ada cinta yg tiada bandingnya antara persaudaraan ….
Cinta di katakan hampir tidak memilih usia , ia juga tidak mengira
warna bangsa ….
tidak ada miskin -kaya dalam catatan kamus cinta , cinta sesuatu yg
luar biasa dalam cakrawala hidup setiap jiwa .

Setiap orang punya rasa cinta , tapi tak setiap orang dapat merasainya ….
setiap orang pernah bercinta tapi tak setiap orang mampu mengecap
bahagianya cinta ….

Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran , dia tidak akan
berbohong ….
tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk
memiliki , tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah
kebahagiaan tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan
kesempatan
untuk memberikan sesuatu yg lebih berharga .

Manusia tidak jatuh kedalam cinta dan tidak juga keluar dari cinta ,
tetapi manusia tumbuh dan besar di dalam cinta .

Cinta kurnia Illahi mengapa mesti di benci …..? yang harus di benci
dan di hindari ialah kepalsuan, bukan CINTA.

Tuesday, 8 November 2011

PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI S.A.W(ISTIKARAH)



SOLAT ISTIKHARAH



Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..



DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:



إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:



Maksudnya:

Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:



اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.


Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.



قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.



Maksudnya:

Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.



 BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH



1.  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.



2. Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.



3. Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:



وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ



Maksudnya:

…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216



1. Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solatRawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:



Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.



2.Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.



3. Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.



RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah

2) Takbiratul Ihram

3) Doa Iftitah

4) Membaca surah al-Fatihah

5) Membaca Surah al-Qur’an

6) Rukuk

7) Iktidal

8) Sujud

9) Duduk antara dua sujud

10) Sujud kali kedua

11) Bangun untuk rakaat kedua



Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)

2) Duduk untuk tahiyyat akhir

3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

4) Membaca doa Istikharah

Thursday, 27 October 2011

Doa PerLindUngan 4 keburukan



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ALLAHUMAINNI A'UZUBIKA
MIN ILMIN LAA YAUFA'U
WANIN QOLBI LAA YAKHSYA'U
WAMIN NAFSIN LAA TAYSBA'U
WAMIN DA WATIN LAA YUSTAJABU LAHA.

YA ALLAH,AKU BERLINDUNG KEPADAMU
DARI ILMU YANG TIDAK BERMANFAAT
DARI HATI YANG TIDAK KHUSUK
DARI NAFSU YANG TIDAK PERNAH KENYANG
DAN DARI DOA YANG TIDAK DIKABULKAN.

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

La TahzaN ~Sumayyah Wanita ISLAM Pertama Mati Syahid~


Sumayyah wanita pertama mati syahid



Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.

Monday, 24 October 2011

Tak Sadarkah Dirimu

~Ku tlah berusaha sadarkan mu.. BAhwa hanyalah diriku yang paling mencintaimu sampai nanti
Tapi kau tak pernah mengerti, Tetap kamu ingin putus
Untuk lebih memilihnya daripada kamu memilih ku slama hidupmu.
Jangan sedih bila aku nanti dapatkan kekasih yang lain yang lebih sempurna dibanding kamu yang pasti aku Lupa.........
Sungguh kamu pasti menyesali keputusan mu saat ini meninggalkanku...
melepaskanku yang tak mungkin kembali.....
Yang tak mungkin kembaLi.....~~

Sunday, 23 October 2011

Farah Edryana Aniz

Dan ini adalah budak kecik yang sangat nakal.. aku panggil dia bebeng anis.. sebab dia sngat kelakar hehe setiap hari dia lah yg menghiburkan hati aku,klu aku stress dan sedih aku akan cari ini budak kecil hheheh.... dia nakal.. suka jalan sana sini walaupun dia baru pandai bejalan...umur anis baru 1 tahun.
walaupun masih kecil dia ni pandai juga pkai makeUp.. tau... hahhhaaha
time ne aku tgh layan facebo0k so dia ne nakal main eyeshadow aku.. ad00ii.. nasib baik x mahal. hahhaa..
saya sngt syang ini budak kecill.... sbb dia x cerewet,dia co0L ja, x kuat nangis.. tapi kuat makan... hehe!

~ ImpiaNku ingin memilikinya~~

~ ha ini lah angan2 ku ingin memiliki Mini CooPer,x tau lah knapa aku jatuh cinta dengan kereta ini.. setiap hari kluar dari umah... aku melihat kereta ini kat show ro0mnya.. aduss,dapat tgok ja lah. Tak apa lah kalau x dapat pUn... asal dapat drive kira oK jua lahh itU.. hahah. Erm pelik juga citarasa ku ini kan kan kan.....